F Azmil Mustapha masuk hospital kerana sesak nafas | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Azmil Mustapha masuk hospital kerana sesak nafas

BEKAS pelakon filem Ali Setan, Azmil Mustapha dimasukkan ke wad kecemasan Hospital Langkawi setelah mengalami sesak nafas tengah hari tadi.

Berita tersebut disampaikan adiknya, Aziph Mustapha dalam laman sosial Facebooknya sebentar tadi.

Menurut Aziph, abangnya menerima jemputan untuk menyampaikan ceramah di Utara sejak kelmarin.

"Selesai ceramah, abang saya dan beberapa jemaah berjalan-jalan ke Pulau Langkawi.

"Tengahari tadi, beliau mengadu sakit dada dan sesak nafas. Jemaah yang bersama terus membawanya ke Hospital Langkawi," katanya kepada Sinar Harian, sebentar tadi.

Jelasnya, keadaan Azmil masih stabil walaupun masih berada di wad kecemasan untuk pemantauan lanjut.

"Doktor mengesahkan keadaan beliau stabil dan akan dipindahkan ke wad biasa. Abang saya juga akan berada di sana selama beberapa hari untuk pemeriksaan lanjut,” katanya.
Powered by Blogger.