F Azmil Mustapha dibenar keluar hospital | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Azmil Mustapha dibenar keluar hospital

Pelakon popular era 80-an yang kini menjadi pendakwah bebas, Azmil Mustapha, 63, dibenarkan keluar wad petang ini, selepas sehari dimasukkan ke Hospital Langkawi (HL) akibat sesak nafas dan lemah anggota badan. Azmil berkata, selepas 12 jam menerima rawatan di hospital, beliau mula menunjukkan tanda beransur pulih dan dibenarkan keluar wad pada jam 4 petang tadi. "Alhamdulillah, ...berkat doa semua pihak, kesihatan saya semakin baik dan pulih. "Saya keluar wad pada jam 4 petang tadi dan akan menaiki penerbangan balik ke Kuala Lumpur dijadualkan jam 6 petang ini," katanya ketika dihubungi sebentar tadi. Pada masa sama, Azmil turut mengharapkan kesihatannya bertambah baik dan meminta orang ramai mendoakannya supaya dapat meneruskan aktiviti dakwah kepada masyarakat.  "Syukur dan terima kasih kepada semua yang prihatin dengan kesihatan saya. Sepanjang di Langkawi, ramai juga yang datang melawat di wad. "Doktor juga meminta saya banyak berehat dan meneruskan rawatan susulan di Hospital Serdang, Selangor seperti janji temu yang ditetapkan sebelum ini," katanya. Beliau berkata, beliau mula mengalami masalah pernafasan selepas makan malam di sebuah restoran di Pantai Chenang di sini, lewat tengah malam kelmarin, sehingga terpaksa menerima rawatan di hospital. Azmil yang pernah memenangi Pelakon Lelaki Terbaik pada Festival Filem Malaysia Ke-6 tahun 1986 menerusi lakonannya dalam filem Ali Setan, pernah menjalani pembedahan pintasan jantung pada tahun 2010.


Powered by Blogger.