Berita Terkini
recent

Awi Rafael stabil selepas kemalangan

Penyanyi Awi Rafael kini dalam keadaan stabil selepas berdepan kemalangan jalan raya sekitar jam 1 pagi tadi berdekatan kawasan perumahannya di Kota Damansara. Menurut Bahagian Promosi Domestik Warner Music, Anne Mokhtar, motosikal milik penyanyi kelahiran Singapura itu dilanggar sebuah kereta ketika dia dalam perjalanan ke studio muzik. "Insiden itu turut menyebabkan dirinya diseret kereta berkenaan, menyebabkan kecederaan pada bahagian kakinya. "Pemilik kereta itu bergegas membawanya ke hospital berdekatan. Dia dimasukkan ke hospital dan menerima rawatan sekitar jam 3 pagi. Alhamdulillah kini Awi sudah okey dan menurut doktor, dia boleh keluar hospital sama ada hari ini atau esok," kata Anne.


Booking.com

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.