F Aswara Dinaik Taraf Jadi Universiti P. Ramlee | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Aswara Dinaik Taraf Jadi Universiti P. Ramlee

Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) sudah bersedia untuk bertukar status sebagai universiti selewat-lewatnya Oktober ini dengan nama Universiti P Ramlee.

Dekan Pusat Pengajian PascaSiswazah Kursi P Ramlee Aswara Prof Datuk Dr Baharudin Ahmad berkata, Aswara kini dilengkapi pelbagai kemudahan dan peralatan berteknologi tinggi serta studio untuk berperanan sebagai universiti teknologi kesenian dan budaya negara.

"Nama (Tan Sri) P. Ramlee yang mempunyai kekuatan sendiri sememangnya terkenal di dalam mahupun luar negara khususnya ASEAN," katanya di sini, hari ini.

Baharudin berkata pihaknya kini berusaha membesarkan fakulti sedia ada, menambah jumlah tenaga pengajar dan pelajar selain mengemukakan rancangan jangka panjang sesuai dengan taraf sebagai sebuah universiti bagi tempoh lima tahun akan datang.

Beliau berkata, Aswara kini mempunyai 800 pelajar dengan menawarkan lapan program diploma dan ijazah dalam bidang tari, muzik, animasi, pengurusan seni dan penulisan kreatif serta pusat pengajian pascasiswazah selain kursus ijazah sarjana dan PhD.
Powered by Blogger.