F Asmidar kerap mimpi arwah kekasih, harap cepat bertemu jodoh | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Asmidar kerap mimpi arwah kekasih, harap cepat bertemu jodoh

Penyanyi Asmidar mengakui masih mengingati arwah kekasihnya yang sering hadir dalam mimpi setiap kali ulang tahun kelahiran serta tarikh kematiannya. Asmidar, 30, berkata, biarpun sukar, dia kini sudah dapat menerima suratan takdir dengan reda, namun belum diberikan rezeki dipertemukan jodoh dengan mana-mana jejaka yang berjaya membuka pintu hatinya. "Arwah selalu datang dalam mimpi apabila dekat dengan tarikh hari jadi dan kematiannya. Kadang kala apabila teringat, saya akan memuat naik gambarnya di akaun Instagram. Biarpun sudah empat tahun dia meninggal dunia, ada ketikanya saya terkenang dia. "Saya sudah dapat meneruskan hidup seperti biasa, cuma mungkin saya belum diberikan rezeki untuk berkahwin. Saya percaya Allah merencana yang baik untuk diri saya namun mungkin jodoh itu datang lambat sedikit. "Semestinya saya inginkan seorang insan dalam hidup untuk berkongsi suka dan duka. Saya sudah berusia 30 tahun, pasti saya menginginkan kebahagiaan menerusi perkahwinan selain enggan membuang masa," katanya kepada BH Online. Asmidar atau nama sebenarnya Nor Hasmidar Ahmad berkata, kematian kekasihnya akibat kemalangan jalan raya itu memberikan impak yang besar memandangkan mereka sudah pun menjalin hubungan selama tujuh tahun. Pelantun lagu Biar Sampai Ke Bintang itu berkata, dia turut berasa tekanan berkahwin memandangkan adik perempuannya bakal mendirikan rumah tangga dalam tempoh terdekat. "Saya tahu ibu dan bapa risau soal jodoh saya kerana adik saya akan berkahwin tidak lama lagi. Dia seperti melangkah bendul kerana melangkaui saya sebagai kakak yang belum mendirikan rumah tangga. Doakan yang terbaik buat saya," katanya.


Powered by Blogger.