F Ashraf Muslim tiada niat saingi pelakon muda | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Ashraf Muslim tiada niat saingi pelakon muda

Ashraf Muslim tidak menyangka namanya kembali menjadi bualan sejak membintangi drama Mr Boss Miss Stalker yang menemui penonton slot Dahlia di TV3. Ashraf berkata, selepas enam tahun tidak muncul di stesen televisyen terbabit, peminat drama Melayu masih bersikap terbuka menerimanya sebagai pelakon utama. "Saya sedar mengenai perkara itu (kembali menjadi perhatian penonton), tetapi jujurnya kehadiran saya dalam drama berkenaan bukanlah kerana mahu mengejar populariti. Saya langsung tidak terfikir mengenai hal terbabit. "Pembabitan saya dalam drama berkenaan juga adalah atas permintaan stesen TV3, selain pengarahnya, Haikal Hanafiah, yang inginkan saya berlakon dalam karyanya," katanya kepada BH Online. Sejak minggu lalu, nama Ashraf, 34, menjadi bualan netizen di media sosial dan beberapa forum hiburan. Berdasarkan komen, ramai yang menyokong kehadiran semula Ashraf sebagai bintang utama drama tempatan, bersama-sama pelakon baharu lain. Rentetan itu juga, laman sosial pelakon terbabit turut menerima tempias apabila jumlah pengikutnya kian bertambah secara mendadak. Ashraf berharap, kehadiran semula dirinya ke arena lakonan drama dapat memeriahkan lagi industri seni tempatan, selain menegaskan ia tiada kena-mengena dengan hasrat menyaingi mana-mana pelakon muda yang lain. "Zaman kegemilangan saya sudah pun berlalu. Saya sendiri pun sudah tua. Jadi, saya tidak menyaingi mana-mana pihak. Cuma, saya lihat mungkin platform yang saya dapat ini tepat pada masanya. "Alhamdulillah, kalau hendak diikutkan saya memang memilih setiap tawaran yang diberikan, apatah lagi ada syarat tertentu diberikan seperti bekerja mengikut syariat Islam. "Begitupun saya dapat lihat, sudah banyak produksi yang mula mengikut syariat Islam, sedikit demi sedikit," ujarnya yang pernah menarik perhatian peminat bersama drama Yusuff (2009) dan Ustaz Amirul (2011) di saluran sama. Selain dirinya, Mr Boss Miss Stalker turut dilakonkan oleh Mia Ahmad, Riz Amin, Miera Leyana, Shazmeer, Nazeera Sardi, Aleza Shadan, Marisa Yasmin, Kodi Rasheed dan Aman Shah.


Powered by Blogger.