F Artis melaram di pentas ABPBH 29 | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Artis melaram di pentas ABPBH 29

Lensa fesyen sekali lagi tertumpu kepada segmen karpet merah Anugerah Bintang Popular BH Ke-29 (ABPBH 29) di sini, malam tadi apabila artis melaram mengikut tema 'Black Tie dan Glam'. Berlangsung meriah, artis menerapkan unsur tema #RESPEK dalam busana digayakan. Rata-rata artis memilih rona terang dan berani seperti Awie, Idris Khan, Abam Bocey, Sufi, Faizal AF dan Khai. Tidak ketinggalan melaram dua hos ABPBH 29 iaitu Zizan Razak dan AG. Pemenang trofi Bintang Paling Popular ABPBH 29, Neelofa yang sinonim dengan busana rekaan Fizi Woo, mempunyai tafsiran sendiri terhadap persalinan digayakan. "Persalinan saya ini seperti jubah tetapi pada bahagian dalam direka baju dan seluar. "Jadi tafsiran tema #RESPEK lebih kepada fesyen muslimah yang semakin berkembang ketika ini. Warna yang tidak terlalu daring dan garang bagi saya menunjukkan aspek kebersihan yang diutamakan semua wanita," katanya. Seorang lagi artis yang mencuri tumpuan adalah Ziana Zain yang tampil dengan persalinan rekaan Rizman Ruzaini. Menjelaskan busana itu, Rizman memberitahu: "Ziana boleh dianggap sebagai penyanyi yang masih utuh dan dihormati. Tidak sarat perincian, gaya polos ini memberi justifikasi kepada kembara seni Ziana yang lancar tanpa kontroversi," katanya. Sementara itu, finalis kategori Artis Baharu Wanita Popular, Falisha Crossley memilih motif Pua Kumbu yang cukup ikonik di negeri kelahirannya, Sarawak. "Rekaan baju dan solekan adalah dari teman senegeri. Busana saya dicipta Lentera Astana. Busana ini melambangkan rasa hormat dan sayang kepada Sarawak," katanya. Sementara itu, Siti Saleha menggayakan rekaan gaun merah jambu daripada Elliestone.KL "Warna merah jambu sinonim dengan wanita. Jadi, saya lihat mengangkat wanita kepada tahap lain. Rekaannya tak sarat dan saya tidak mahu keterlaluan kali ini," katanya.


Powered by Blogger.