F Apa Salahnya Aishwarya Rai Bergincu Ungu - Bapa Mertua | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Apa Salahnya Aishwarya Rai Bergincu Ungu - Bapa Mertua

Kisah penampilan Aishwarya Rai pada acara tayangan filem Sarbjit ketika di Festival Film Cannes 2016 lalu yang memakai gincu berwarna ungu yang menjadi perhatian dunia sekaligus mengundang kritikan daripada netizen India, ternyata masih hangat diperkatakan sehingga kini.

Baru-baru ini bapa mertua aktres tersebut iaitu, pelakon lagenda Amitabh Bachchan memberikan padangan terhadap situasi yang menimpa menantunya itu.

Bachchan berkata beliau tidak melihat penampilan Aishwarya Rai namun berpendapat tidak ada salahnya dengan pilihan wanita itu sebaliknya apa yang menjadi masalah adalah media sosial yang menggembar-gemburkan hal tersebut, seolah-olah ianya satu kesalahan begitu besar.

"Tidak, saya tidak melihatnya. Tapi, apa yang salah dengan itu? Zaman sekarang orang bebas berbicara di media sosial, tidak sama seperti kita dulu kerana pada masa dulu kita tidak tahu apa pendapat orang lain mengenai diri kita, tapi sekarang kita boleh mengetahuinya," ujar Amitabh seperti yang dilaporkan Bollywood Life.

Meskipun bibir ungu Aishwarya menjadi topik hangat dan trending di pelbagai media sosial, namun Amitabh merasakan itu bukan masalah besar. Katanya, perkara itu tidak akan berpanjangan dan netizen pasti akan melupakan insiden itu kerana akan ada topik pembahasan baru.

"Apa yang baiknya adalah orang akan bercakap tentang kita tapi kadang-kadang ianya hanya bertahan sehari saja. Esoknya sudah ada perkara baru untuk orang perkatakan. Semua hal akan berlalu, jadi cukuplah," tutur beliau.

Sementara itu, suami Aishwarya iaitu Abhishek Bachchan, menyatakan pendapat yang sama. Menurut Abhi, tidak ada yang salah dengan penampilan isterinya ketika di festival Cannes yang lalu. Baginya, apapun penampilan Aishwarya Rai, selalu cantik di matanya.
Powered by Blogger.