F Ani Mayuni bahagia, nafi rumah tangga musnah | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Ani Mayuni bahagia, nafi rumah tangga musnah

Penyanyi, Ani Mayuni, 37, menganggap insiden pergaduhan dengan suaminya, Zairi Azmi, 41, yang berlaku empat tahun lalu memberi hikmah sekali gus menolak dakwaan rumah tangga mereka sudah bernoktah. Ani Mayuni atau nama sebenarnya, Aishah An Nur Osman berkata, kejadian hitam yang pernah berlaku itu membuka ruang kepada beliau dan suami memperbaiki diri sekali gus membuatkan mereka lebih menghargai satu sama lain. "Ramai yang keliru dengan status saya kerana pernah membuat laporan polis terhadap suami beberapa tahun lalu. Ia terpaksa dibuat namun saya mengakui pergaduhan itu berpunca dari mulut saya sendiri. "Sebagai isteri, saya seharusnya bertolak ansur dengan suami dan bukan mencari punca untuk meledakkan lagi api kemarahan. Alhamdulillah insiden yang berlaku mengeratkan hubungan kami suami isteri sekali gus lebih mengenali satu sama lain. "Tidak dinafikan kejadian yang berlaku memberi impak buruk kepada suami. Apa yang pasti saya lebih bahagia berada di samping suami dan anak-anak yang sedang membesar. Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya," katanya kepada BH Online. Terdahulu, pada 2 Februari 2012 masyarakat digemparkan dengan berita yang disiarkan sebuah akhbar harian mengenai laporan polis dibuat penyanyi itu susulan ditendang dan dipukul oleh suaminya dalam kejadian di rumah mereka. Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada mendirikan rumah tangga pada 5 Jun 2004. Sementara itu, Ani yang turut dilantik menjadi setiausaha Persatuan Bintang Dangdut Malaysia berharap penubuhan itu dapat membela nasib penggiat seni yang memperjuangkan muzik dangdut tempatan. Selain itu, ia turut memartabatkan genre dangdut yang dipandang enteng oleh sesetengah pihak. "Saya berharap penubuhan persatuan itu dapat membela nasib penyanyi dangdut tempatan. Ia sekaligus memberi garis panduan baharu untuk memastikan pejuang genre dangdut mempunyai asas yang kukuh dan tidak sewenang-wenangnya menggelar diri mereka penyanyi dangdut. "Persatuan ini juga berjaya menyatukan kami yang mana penyanyi dangdut dikenali dengan kelancangan mulut dan ego masing-masing. Saya percaya Ifa Raziah selaku presiden dapat menjalankan tanggungjawabnya dengan baik," kata Ani.


Powered by Blogger.