F Angelina Jolie Semakin Kurus, Tertekan Brad Pitt Curang | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Angelina Jolie Semakin Kurus, Tertekan Brad Pitt Curang

Perubahan drastik akan penampilan aktres Angelina Jolie yang semakin kurus telah mengejutkan ramai pihak.

Laporan media antarabangsa menyebut, berat badan Jolie turun 36 kilogram dan kini menjadi 35 kilogram sahaja.

Berat tersebut tentunya tidak ideal jika dibandingkan dengan ketinggian wanita berusia 40 tahun ini yang mencapai tinggi 170 sentimeter.

Perubahan pelakon filem Lara Croft: Tomb Rider itu sekaligus menimbulkan spekulasi alasan sebenar berat badan Jolie turun mendadak.

Memetik laporan Hollywoodlife, Jolie dikatakan tertekan ekoran Brad Pitt yang didakwa sudah mula main kayu tiga.

Baru-baru ini berlegar gosip mendakwa Pitt menjalin hubungan sulit dengan gandingan lamanya ketika filem Allie iaitu aktres Marion Cotillard.

"Sudah jelas ada hubungan antara Pitt dan Marion. Keserasian mereka begitu kuat bahkan dari pertama kali mereka bertemu. Yidak hairan kalau Pitt tertarik dengan wanita yang lebih sihat," ungkap satu sumber.

Sumber tersebut kemudian juga mendedahkan Brad Pitt dan Marion sebenarnya hanya 'berlakon' di depan khalayak bagi menutup hubungan sebenar mereka.

Bagaimanapun sehingga kini belum ada apa-apa kenyataan rasmi daripada mana-mana pihak mengenai berita tersebut.
Powered by Blogger.