F Angelina Jolie Komen Sikap Donald Trump Boikot Islam | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Angelina Jolie Komen Sikap Donald Trump Boikot Islam

Satu dunia sedia tahu akan kelantangan, sikap rasisnya terhadap sesetengah kaum termasuklah pandangan negatif beliau sekaligus memboikot kaum beragama Islam.

Lantaran sikap calon presiden Amerika Syarikat ini bukan saja menimbulkan kemarahan banyak pihak malah mencetuskan kontroversi. Bahkan ada menyifatkan Donald Trump sebagai seorang yang angkuh dan menjengkelkan.

Baru-baru ini, aktres terkenal Angelina Jolie turut menyuarakan pendapatnya mengenai sikap hartawan tersebut.

Menurut Jolie, dia berasa sedih terutama tindakan Trump yang menghina kebebasan beragama kerana menurutnya, di Amerika juga terdapat berbagai bangsa juga agama.

"Bagi saya, Amerika terdiri dari orang-orang di seluruh dunia yang datang atas nama kebebasan, khususnya kebebasan beragama.

"Jadi, ia adalah sesuatu sangat sukar apabila mendengar semua ini daripada seseorang yang mencalonkan diri menjadi presiden Amerika," ujar Jolie ketika berucap ketika menjadi wakil Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di London, pada 16 Mei lalu.

Desember lalu, Trump menyuarakan kempen kontroversi apabila melarang muslim masuk ke Amerika Syarikat serta mencadangkan agar masjid-masjid di negara itu  tutup.

Trump mendakwa bahawa dirinya melihat senfdiri video masyarakat muslim bersorak pada saat berlakunya insiden serangan 11 September 2001. Bagaimanapun, video bukti yang dimaksudkan Trump itu sehingga kini masih belum ditemui mana-mana pihak.

Trump dalam kempennya telah mengharamkan orang Islam daripada memasuki Amerika termasuklah pelarian Syriayang mencari perlindungan di negara itu.

Terdahulu, Presiden Barack Obama telah mengarahkan pentadbiran beliau agar membuat persediaan untuk 10,000 pelarian yang memasuki Amerika.

Tak hanya Jolie, pelakon George Clooney dan Jennifer Lawrence juga menentang Trump.

Clooney menyifatkan Trump sudah kehilangan kewarasannya. Manakala Lawrence berkata, dunia akan musnah jika Trump dipilih sebagai presiden.
Powered by Blogger.