F Anak Kembar Semakin Membesar, Nurul Syuhada Kembali Mengacara | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Anak Kembar Semakin Membesar, Nurul Syuhada Kembali Mengacara

Selepas dua tahun berehat bagi menumpukan perhatian sepenuhnya kepada keluarga, kini pengacara Nurul Syuhada kembali semula ke bidang penyiaran.

Menurut bekas personaliti TV3 ini, memandangkan anak-anak sekarang sudah semakin membesar dan dengan keizinan suami, dia kembali bekerja. Tambahan dia kini tidak terikat dengan mana-mana stesen televisyen dan jadual kerjanya lebih fleksibel.

"Saya kembali semula selepas dua tahun kerana memberi perhatian terhadap keluarga.

"Saya ambil keputusan berehat kerana ingin membesarkan mereka sendiri depan mata dan tidak mahu ketinggalan detik-detik mereka membesar.

"Sekarang Alhamdulillah, mereka sudah berusia setahun lapan bulan dan ada pengasuh yang menjaga, lagi pula masa bekerja saya agak flexible," ujarnya seperti yang dilaporkan mStar Online.

Nurul Syuhada atau nama sebenarnya Nurul Syuhada Nurul Ain Mohd Zin berkahwin dengan Raja Amir Syah Raja Azwa pada 16 Julai 2011 dan dikurniakan cahaya mata kembar iaitu Raja Abdul Mateen dan Raja Nur Emaan.

Terbaharu, dia akan mengendalikan program Salam Dhuha yang bersiaran setiap Sabtu dan Ahad sepanjang Ramadan ini pada pukul 8 pagi di Astro Oasis.
Powered by Blogger.