F Amyra Enggan Sahkan Berita Bakal Kahwin | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Amyra Enggan Sahkan Berita Bakal Kahwin

Pelakon popular Amyra Rosli mengambil pendekatan berdiam diri berhubung dakwaan dia dan aktor Amar Baharin bakal berkahwin pada November tahun ini.

Dalam masa sama Amyra atau nama sebenarnya, Nur Amira Izzati Rosli, 25, juga enggan memberi sebarang pengesahan tentang dakwaan penganjuran satu sidang akhbar berkaitan perkahwinan mereka yang dijangka diadakan sekitar Julai depan.

“Selagi berita tentang perkahwinan tidak keluar daripada mulut saya, ibu dan Amar sendiri, mohon semua pihak bersabar.

“Terlalu banyak spekulasi tidak benar disebarkan seperti saya didakwa telah bertunang dengan Amar pada tahun lalu,” katanya.

Amyra yang popular dengan drama Cik Bunga Encik Sombong itu mengaku rapat dengan Amar dan keluarganya tetapi hanya akan menghebahkan berita perkahwinannya apabila semua urusan telah selesai
Powered by Blogger.