F Alyah Minta Maaf, Bukan Sengaja Cari Gaduh | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Alyah Minta Maaf, Bukan Sengaja Cari Gaduh

Penyanyi Alyah membuat permohonan maaf secara terbuka kepada media selepas kontroversi yang pernah ditimbulkan sebelum ini.

Memetik laporan Astro Gempak, Alyah atau nama sebenarnya Noor Hasliah Abu Hasan, banyak pengajaran berguna diperoleh selepas mengambil keputusan untuk menguruskan kerjayanya sendiri.

“Saya memohon maaf kepada semua yang pernah tersinggung dengan saya terutama rakan-rakan media yang mengenali saya sejak awal kemunculan dalam industri seni tanah air. Seikhlas hati, saya harap kita semua dapat buka ‘buku baharu’.

“Terlalu lama saya mencari peluang untuk luahkan perkara ini. Bila saya jemput untuk majlis pelancaran Engkau Milikku, tak sangka rakan-rakan media sedia beri kerjasama untuk hadir,” katanya.

Tambah Alyah, tempoh dua tahun tanpa sebarang liputan oleh media memberi kesan terhadap kerjaya seninya.

“Selepas ambil keputusan untuk uruskan kerjaya sendiri, baru saya sedar apa yang telah saya lalukan atau terlepas pandang tentang apa yang terjadi sebelum ini.

"Saya bukan sengaja cari gaduh dengan rakan-rakan media dan akui mempunyai kelemahan diri,” ujarnya yang kini muncul dengan single terbaharu, Engkau Milikku.
Powered by Blogger.