F Alia Bhat vs Shraddha Kapoor | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Alia Bhat vs Shraddha Kapoor

Perang dingin antara Alia Bhat dan Shraddha Kapoor semakin menjadi-jadi apabila nama aktor Sidharth Malhotra turut dikaitkan kerana tidak membenarkan Alia berlakon dengan Sharaddha.

Pada 2014, Shraddha dan Sidharth pernah bergandingan dalam filem Ek Villain. Kemesraan mereka di lokasi penggambaran mengundang rasa cemburu kekasih Sidharth, Alia.

Bagaimanapun, pertengahan tahun lalu, hubungan dua aktres itu nampak baik.

Sebelum bergaduh, Shraddha pernah memuji Alia adalah rakan yang baik dan mereka sering menghabiskan masa bersama.

“Saya dan Alia sangat baik, malah saya sangat suka dengannya. Bagi saya Alia rakan yang baik dan tidak cerewet. Jika mahu ke mana-mana, saya akan me­ngajaknya.

“Dia juga sering me­ngajak saya menonton wayang dan kami selalu berparti bersama,” kata Shraddha.

Sehingga hari ini belum ada tanda-tanda dua rakan karib itu akan berbaik.
Powered by Blogger.