F Aktres veteran Filipina menang Festival Filem Cannes | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Aktres veteran Filipina menang Festival Filem Cannes

Aktres veteran, Jaclyn Jose menjadi warga Filipina pertama memenangi anugerah pelakon wanita terbaik di festival filem berprestij Cannes. Jaclyn menang atas lakonannya sebagai seorang ibu yang menjadi mangsa polis yang mengamalkan rasuah selepas terpaksa menjual dadah untuk kelangsungan hidup dalam filem berjudul "Ma'Rosa." Filem arahan Brillante Mendoza yang pada tahun 2009 itu menjadi warga Filipina pertama menang anugerah pengarah terbaik di Festival Filem Cannes untuk filem "Kinatay." Ketika menerima anugerah itu, Jaclyn yang terkejut kerana menang berkata, tujuan utama beliau hadir ke Cannes untuk merasai sendiri berjalan di atas permaidani merah dengan anak perempuannya, yang juga pelakon Andi Eigenmann. Andi turut mempunyai watak dalam filem itu. Jaclyn mengucapkan terima kasih dan berkongsi pengiktirafan itu bersama seluruh rakyat Filipina, termasuk semua yang terbabit menjayakan filem berkenaan. "Ma' Rosa" mengisahkan seorang ibu anak empat memiliki sebuah kedai runcit kecil di tengah masyarakat miskin di Manila. Untuk menyara keluarga, Rosa dan suaminya terpaksa menjual dadah kecil-kecilan secara haram. Apabila mereka ditangkap pihak berkuasa, dia dan anaknya menjadi amat terdesak sehingga rela berbuat apa saja untuk memastikan mereka bebas daripada belenggu anggota polis yang rasuah


Powered by Blogger.