F Akim & The Majistret Perjelas Isu Bayaran Mahal | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Akim & The Majistret Perjelas Isu Bayaran Mahal



Kumpulan Akim & The Majistret menjelaskan bayaran yang dikenakan pada setiap persembahan adalah berpatutan dan setimpal dengan hasil kerjaya dan bakat tujuh orang ahli kumpulan tersebut.

Memetik laporan mStar online, Zimi, selaku ketua kumpulan tersebut, berkata, bayaran yang dikenakan itu juga merupakan kos kepada keseluruhan ahli kumpulan itu termasuk yang bekerja sebagai pembantu di belakang tabir.

"Bagi yang pernah melihat kumpulan kami buat persembahan sudah tentu tahu bagaimana hasil persembahan tersebut.

"Kami bukan turun bertujuh, malah selalunya ada 16 orang ahli yang membantu kami untuk memberi persembahan terbaik dan memuaskan hati penonton," tuturnya.

Bagaimanapun, Zimi berkata, mereka masih bertolak ansur daripada segi bayaran yang dikenakan mengikut situasi semasa.

"Kami masih bertolak ansur tentang bayaran dengan memberi persembahan yang lebih mantap dan penambahan lagu. Apa yang penting penonton berpuas hati," katanya lagi.
Powered by Blogger.