F Aisya tekad bertudung | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Aisya tekad bertudung

Pemergian abang tercinta pada 6 April lalu menguatkan tekad pelakon Aisya Hasnaa, 26, untuk bertudung sepenuhnya.

Aisya yang mula dikenali menerusi drama bersiri Romi Cinta Julia berkata, dia mula bertudung sepenuhnya pada 7 April iaitu sehari selepas abangnya Adam Emir Umaruddin meninggal dunia dalam usia 37 tahun.

€œSebulan sebelum itu saya memang sudah ada niat mahu bertudung. Bagaimanapun, sehari selepas abang meninggal dunia, saya bertekad untuk menutup aurat sepenuhnya.

"Lagipun sebelum meninggal dunia, abang selalu beri nasihat supaya saya menjaga keperibadian diri dan menjadi anak yang solehah," katanya yang pernah membintangi filem Dollah Superstar bersama Awie, Fizz Fairuz dan Neelofa.

Aisya berkata, dia sangat seronok dan gembira dengan perubahan ini selain berasa lebih tenang.

Penghijrahannya itu juga mendapat sokongan positif daripada keluarga dan rakan-rakan.

"Syukur keluarga dan rakan-rakan sentiasa memberikan semangat untuk terus kuat dan istiqamah.

"Biarpun terpaksa melepaskan beberapa tawaran berlakon tetapi saya reda dan percaya apa yang tejadi pasti ada hikmahnya,"katanya.
Powered by Blogger.