F Aishah Aziz Tidak Gentar Kemunculan Artis Laman Sosial | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Aishah Aziz Tidak Gentar Kemunculan Artis Laman Sosial

Penyanyi Aishah Aziz tidak meletakkan tekanan kepada dirinya untuk bersaing dengan artis-artis baharu yang semakin ramai terutama lahir daripada media sosial dan Youtube.

Aisyah atau nama sebenarnya Nur Aishah Aziz, 22, percaya bahawa bakat dan kualiti seseorang artis itu bakal membawa kerjayanya bertahan lebih lama dalam industri hiburan.

"Saya tidak letak tekanan dalam diri kerana kelahiran artis-artis baharu yang semakin ramai, apa yang penting ialah saya masih terus hasilkan lagu-lagu terbaik dan relevan dalam industri.

"Pada saya kualiti yang akan membawa kerjaya kita pergi lebih jauh dan bertahan lama. Penyanyi atau sesuatu yang lahir daripada perkara-perkara viral atau laman sosial ia hanya berakhir sekejap sahaja," ujarnya kepada mStar Online.

Aishah berkata, dia mengakui persiangannya lebih ramai apabila sosial media kini menjadi medium yang paling banyak menghasilkan artis-artis baharu.

Dalam pada itu, Aishah berkata, dia sentiasa mempersiapkan diri untuk sentiasa menjadi yang terbaik terutama dalam memberi kekuatan pada vokal dalma setiap persembahan nyanyian.

"Untuk jadi yang terbaik saya perlu berlatih dan cara latihan saya ialah menonton video persembahan saya semula berkali-kali.

"Saya tidak pergi kelas vokal sebaliknya berlatih dan memperbaiki kesilapan menerusi nyanyian yang saya rakam sebelum ini," ujarnya.

Sementara itu, bercerita tentang lagu terbaharunya berjudul Tanda Tanya, Aishah berkata, lagu ciptaan Omar K dan Ezra Kong itu merupakan single rancak pertamanya.

"Saya gementar untuk nyanyikan lagu itu di hadapan penonton kerana ia rancak dan tidak seperti lagu-lagu saya sebelum ini yang semua balada.

"Saya suka muziknya yang catchy dan mudah untuk dinyanyikan, cuma saya tidak pandai menari bila menyanyikan lagu itu," ujarnya.

Dalam pada itu, Aishah berkata, muzik video untuk lagu Tanda Tanya mempunyai keistimewaan tersendiri apabila menampilkan beberapa individu terdekat termasuk abangnya penyanyi Aliff Aziz.
Powered by Blogger.