F AG Coco dengan Zue nikah 10 Disember depan | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

AG Coco dengan Zue nikah 10 Disember depan

Gitaris kumpulan Hujan, AG Coco mengesahkan bakal bernikah dengan seorang daripada penyanyi duo Hani & Zue, Zue atau Zuliana Eusoff, 22, pada 10 Disember depan. AG atau nama sebenarnya Mohd Hezry Mohd Hafidz, 32, berkata dia menghantar rombongan merisik semalam dan kedua-dua keluarga memilih tarikh itu sebagai hari pernikahan manakala majlis persandingan menyusul pada 24 Disember. "Kami tidak mengadakan sebarang majlis gah ketika merisik. Cukup sekadar menghantar wakil membabitkan keluarga terdekat bagi mengadakan perbincangan mengenai pernikahan dan acara resepsi. "Mulanya, saya berjumpa dengan ayah Zue untuk perkenalkan diri dan memberitahu hasrat ingin meminang anaknya. Alhamdulillah, niat ikhlas saya direstui dan terus kami merancang hal perkahwinan," katanya kepada BH Online. Sementara itu, ditanya tarikan Zue yang membuatkan AG senang dengan penyanyi itu, kata AG, mereka mempunyai pendapat yang sama serta serasi setiap kali berbual. Kata AG, walaupun dia menggubah lagu untuk duo berkenaan menerusi lagu Biar pada tahun lalu, mereka mula akrab hanya sejak April lalu. Selepas tiga kali keluar bersama, AG menyifatkan Zue adalah wanita yang paling sesuai dijadikan suri di hatinya. "Ada sesuatu antara saya dan dia. Saya lihat sikap kami sama malah kami sependapat dalam banyak perkara. "Memandangkan pasangan akan bersama sepanjang hayat kita, sudah semestinya saya mahu mencari wanita yang boleh bersembang dengan saya. Selepas pertemuan kali ketiga baharu saya meluahkan hasrat mahu serius dan ingin menikahinya. "Saya sedar benar-benar ingin berkawan dengannya dan tidak mahu bercinta lama. Selepas mendapat 'lampu hijau' saya terus meminta izin untuk berjumpa dengan ayahnya pula," ujarnya. Dalam pada itu, AG dan Zue turut mempunyai minat yang sama iaitu melihat permainan Star Wars di pusat membeli belah Amcorp Mall, dekat sini.


Powered by Blogger.