F Adiwira kelu dikritik | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Adiwira kelu dikritik

Bintang Batman V Superman: Dawn of Justice, Ben Affleck dikatakan malu dengan reaksi negatif penonton terhadap filem itu.

Filem arahan Zack Snyder lakonan Henry Cavill dan Gal Gadot itu dikritik penonton selepas ditayangkan di pawagam seluruh dunia, Mac lalu.

Menurut portal Express, riak kurang puas hati jelas kelihatan di wajah Cavill dan Affleck dalam satu temu bual rakaman video yang menjadi viral di Internet, baru-baru ini.

Dalam temu bual itu, Cavill kelihatan ‘tenang’ mengulas komen negatif penonton, namun Affleck hanya temenung memandang lantai.

Affleck pernah melalui situasi sama apabila filem adiwira lakonannya, Daredevil pada 2003 mendapat komen negatif.

Difahamkan, pelakon berusia 43 tahun itu bakal kembali sebagai adiwira Batman dalam Justice League selain turut dilantik selaku produser eksekutif filem terbabit, minggu lalu.

Bahagian pertama Justice League akan menemui peminat pada November 2017 manakala bahagian kedua pada Jun 2019.

Mahu kembali bersama bekas isteri

Dalam perkembangan lain, Affleck dikhabarkan mahu rujuk semula dengan bekas isterinya, Jennifer Garner.

Walaupun sudah berpisah pada Jun lalu, pasangan itu masih berkawan baik dan dilihat menghabiskan masa bersama tiga anak mereka di Eropah, baru-baru ini.

Majalah People melaporkan, Affleck mempertimbangkan untuk membatalkan penceraian dengan Garner.

Bagaimanapun, sumber mendedahkan Garner mungkin beri reaksi berbeza untuk kembali hidup bersama Affleck.
Powered by Blogger.