F Adik Anwar Ibrahim meninggal dunia | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Adik Anwar Ibrahim meninggal dunia

Adik kepada bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan meninggal dunia, malam ini.

Memetik status Facebook terkini kartunis politik, Zulkiflee SM Anwar atau dikenali sebagai Zunar, Allahyarhamah Rehan Ibrahim telah menghembuskan nafasnya yang terakhir, sebentar tadi.

"Hajah Rehan Ibrahim atau lebih mesra dengan panggilan Mak Lang yang juga adik kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim telah meninggal dunia.

"Takziah diucapkan kepada seluruh keluarga dan semoga rohnya ditempatkan bersama orang-orang beriman. Harap adinda ku, Zarerah Hanim bersabar hadapi dugaan kehilangan orang tersayang," katanya.

Menurut status itu juga, jenazah kini berada di rumahnya di Kampung Teras Jernang, Bandar Baru Bangi dan akan dikebumikan selepas Zuhur esok.
Powered by Blogger.