F Adibah Noor sahkan tinggalkan Suria FM | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Adibah Noor sahkan tinggalkan Suria FM

Penyampai radio dan penyanyi, Adibah Noor, 46, mengesahkan meletakkan jawatan sebagai deejay radio Suria FM bermula 31 Mei ini. Adibah atau nama sebenarnya, Adibah Noor Mohd Omar berkata, keputusan itu dibuat selepas tidak lagi mampu membahagikan masa antara tugas di konti dan komitmen lain. "Bayangkan, pagi-pagi lagi saya perlu berada di konti. Selepas itu, ada masanya, saya perlu menghadiri majlis tertentu. Kadang-kala rasa seperti tidak cukup rehat. Saya bimbang ia boleh mengganggu kualiti kerja. "Cukuplah tiga tahun saya berkhidmat dan memberi apa yang difikirkan terbaik buat Suria FM. Apa lagi saya tidak mempunyai pendidikan formal dalam bidang penyiaran, jadi mungkin saya sudah ketandusan idea dan kreativiti untuk membawa Suria FM ke peringkat lebih tinggi. "Sehubungan itu, saya undur diri bagi memberi laluan kepada bakat yang lebih baik dan kreatif," katanya kepada BH Online. Adibah berkata, kejayaannya merangkul trofi kategori Bicarawara Radio Terbaik untuk segmen Hari Wanita Kebangsaan 2015 - Raikan Kegemilangan (Suria FM) pada Anugerah Seri Angkasa (ASA) 2016, malam tadi, cukup menjadi isyarat buatnya berundur. "Orang putih kata 'quit while you are ahead'. InsyaAllah saya tinggalkan bidang penyiaran radio dengan kemenangan dan kenangan yang manis buat Suria FM dan semua penyokong setia Ceria pagi Suria FM," katanya. Mengenai karier seni, Adibah memberitahu, dia akan melancarkan album baharu menjelang September depan. Sehubungan itu, katanya, dia perlu mendapatkan sokongan semua stesen radio untuk memainkan dendangan baharunya, kelak. "Saya juga ingin membina jalinan yang baik dengan stesen penyiaran televisyen (TV) di negara ini. "Sebelum ini, pihak terbabit tidak menawarkan saya mengacarakan program kerana bernaung di bawah stesen radio pesaing. "Namun, saya anggap kehadiran saya di Suria FM sebagai persinggahan sementara. Sekurang-kurangnya saya mendapat pengalaman dalam bidang penyiaran radio... Alhamdulillah," katanya. Mengenai album baharu, Adibah bakal menampilkan -penyanyi hebat seperti Sam Innuendo, Nizam, Dina Nadzir, Anuar Zain, Atilia, Nassier Wahab dan Amir Jahari dalam bingkisan itu.


Powered by Blogger.