F Adele Terima Kontrak Termahal RM540 juta Bersama Sony Music | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Adele Terima Kontrak Termahal RM540 juta Bersama Sony Music

PENYANYI Adele dilaporkan bakal menandatangi kontrak bernilai £90 juta Pound (RM540 juta) yang termahal pernah diberikan kepada artis kelahiran British.

Adele, 28, berjaya memecah rekod penyanyi Robbie Williams yang sebelum ini menerima £80 juta Pound (RM480 juta) daripada syarikat rakaman EMI pada tahun 2002.

Sumber memberitahu pihak Sony Music tidak mahu kehilangan Adele yang tanpa ragu-ragu adalah bintang terbesar dalam industri muzik ketika ini.

Adele yang dijangka menandatangani kontrak bersama syarikat berkenaan dalam masa terdekat ketika ini mempunyai harta kekayaan bernilai £85 juta Pound (RM510 juta).

"Kontrak Adele bersama syarikat rakamannya di London iaitu XL tamat baru-baru ini dan Sony adalah syarikat pengedar albumnya dibawah Columbia Records di Amerika Syarikat.

"Perjanjian dan kontrak bersama Adele dapat memberi Sony hak melancarkan albumnya di seluruh dunia," kata sumber.
Powered by Blogger.