F Adaptasi Angry Birds menghiburkan! | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Adaptasi Angry Birds menghiburkan!

KETIKA permainan digital, Angry Birds mula dikeluarkan dan boleh dilayari oleh pengguna Android dan iOS (pengguna iPhone) serta beberapa pelayar lain, ia menjadi antara permainan popular kegemaran ramai.

Atas populariti itu, Rovio Entertainment dan Sony Pictures Imageworks mendapat idea untuk mengadaptasi permainan digital itu ke layar perak.

Bagaimanapun, bagi anda yang tidak pernah bermain permainan yang memperlihatkan beberapa jenis burung dilastik untuk terbang dan menyerang kubu sekumpulan babi, jangan bimbang, ia tetap menjadi sebuah naskhah menarik untuk ditonton.

Karya yang diberi judul The Angry Birds Movie ini membawa penonton ke sebuah pulau tropika yang didiami oleh pelbagai jenis burung.

Dan salah seekornya adalah Red, seekor burung tidak boleh terbang yang tinggal di Bird Island, tidak mampu menahan dirinya dari kemarahan sehingga menyebabkan dia dihantar ke kelas untuk mengawal sikap pemarahnya.

Di sana, dia bertemu dengan burung yang mempunyai masalah sama iaitu Chuck dan Bomb.

Suatu hari, hidup di pulau itu menjadi huru-hara dengan kedatangan kapal lanun Pig yang diketuai oleh kapten Leonard.

Dek kerana masalah itu, Red, Chuck dan Bomb cuba meminta bantuan lagenda, Great Eagle untuk menyelamatkan pulau.Adaptaso

Bagaimanapun mereka mendapati usaha mereka sia-sia dan Red akhirnya merancang untuk menyerang Piggy Island.

Bagi anda yang pernah bermain permainan ini, filem ini dilihat dapat menjelaskan mengapa burung-burung itu terlalu bermusuh dan marah dengan sekumpulan babi berwarna hijau.

Filem ini menjelaskan setiap karakter burung-burung yang terlibat di dalam permainan digital itu.

Namun filem ini juga bukan sekadar menjelaskan karakter dan jalan cerita, tetapi mesej-mesej sinis yang diselitkan pengarah, Fergal Reilly dan Clay Kaytis menerusi filem arahan mereka kali ini.

The Angry Birds Movie juga menyampaikan mesej kepada mereka yang bersikap panas baran, bahawa tidak salah sesekali seseorang itu menjadi pemarah/tegas pada tempat dan waktu yang bersesuaian.

Lebih-lebih lagi dalam mempertahankan sesuatu yang menjadi milik kita.

Perkembangan plot yang disulami dengan warna warni, gelak ketawa membuatkan penonton akan merasa terhibur menonton filem ini.

Pendek kata, jika anda sedang tertekan atau inginkan hiburan yang santai, maka anda harus menonton filem ini!

Filem ini juga menyaksikan bahawa tiada jalan ringkas dalam perjuangan dan kita harus berjuang sendiri tanpa mengharapkan pihak lain datang membantu.

Pelakon kelas A!

Bukan itu sahaja, penulis juga melihat pelakon-pelakon seperti Jason Sudeikis, Josh Gad, Danny McBride, Bill Hader, Maya Rudolph dan Peter Dinklage banyak membantu mencantikkan lagi filem ini.

Mereka yang meminjamkan suara untuk setiap watak di dalam filem ini berjaya menyampaikan karakter dan intonasi suara mereka dengan baik sekali.

Lebih-lebih lagi yang Josh Gad yang membawakan karakter sebagai Chuck. Ada sahaja keletahnya yang membuatkan anda ketawa tidak kering gusi.

Penulis tidak mahu terus memberi 'spoil' buat anda dan jika anda ingin ketahui kesudahan filem ini, jangan lupa menyaksikan filem adaptasi ini di pawagam.
Powered by Blogger.