F #abpbh29 trending di seluruh dunia | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

#abpbh29 trending di seluruh dunia


Detik penentuan Anugerah Bintang Popular BH ke-29 (ABPBH 29) malam tadi mencatat sejarah tersendiri di laman media sosial Twitter apabila #abpbh29 digunakan dalam lebih 59,000 tweet di seluruh dunia.

Kekerapan itu menjadikan #abpbh29 dalam senarai 10 hashtag teratas atau trending di alam maya.

Momentum penggunaan #abpbh29 mula mencatat kekerapan kira-kira seminggu lalu sebelum melonjak dalam tempoh 24 jam menjelang bermulanya siaran langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Setakat jam 12 tengah hari tadi, 59,300 tweet menggunakan #abpbh29 direkodkan dan pemilik akaun Twitter terus memperkatakan mengenai majlis anugerah itu yang menobatkan artis jelita, Neelofa sebagai Bintang Paling Popular.

Kejayaan Neelofa itu turut menyaksikan #ilofayou membanjiri garis masa, selain #respek yang menjadi tema ABPBH 29.

Pelakon Mira Filzah yang merangkul trofi Artis Baharu Wanita Popular turut menjadi sebutan di Twitter dengan kira-kira 14,900 tweet mengandungi namanya.

Pemenang kategori online, Artis Trending Popular ABPBH 29, Ayda Jebat juga menjadi sebutan dengan kira-kira 21,000 tweet menyelitkan namanya.

Malam tadi, ABPBH 29 mengumumkan pemenang bagi 13 kategori utama dan lima kategori online selain Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat yang diberi kepada pelakon Fauziah Ahmad Daud.
Powered by Blogger.