F Abang disyaki belasah adik sampai mati | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Abang disyaki belasah adik sampai mati

Gara-gara gagal mengawal kemarahan terhadap darah daging sendiri yang mempunyai masalah mental, seorang lelaki berusia 40 tahun disyaki membelasah adiknya sehingga mati dalam satu insiden di Taman Bukit Coral, Sikamat, di sini.

Dalam kejadian sekitar jam 11 malam semalam, difahamkan lelaki itu tergamak menumbuk kepala dan menendang badan adiknya berkali-kali hanya kerana enggan mengikut arahannya supaya naik ke bilik di tingkat atas, selepas membuang air kecil dalam seluar.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Muhamad Zaki Harun berkata, bagaimanapun si abang hanya menyedari nasib malang menimpa adiknya sekitar jam 8.30 pagi tadi iaitu keesokan harinya.

"Si abang masuk ke bilik untuk menyapu minyak angin pada adiknya bagi meredakan kesakitan dialami yang berpunca daripada tindakannya sendiri. Tapi dia mendapati adiknya tidak bernafas dan dipercayai telah meninggal dunia.

"Si abang terus bergegas ke Balai Polis Jalan Campbell kira-kira jam 9.15 pagi untuk membuat repot dan mengaku menyebabkan kematian adiknya. Dia yang bekerja sebagai pengutip tin kemudian ditangkap oleh anggota MPV balai berkenaan," katanya.

Berdasarkan siasatan awal, Muhamad Zaki berkata, hanya si abang dan si mati berada dalam kediaman tersebut semasa insiden itu berlaku manakala ahli keluarga yang lain berada di Johor.

"Laporan bedah siasat menunjukkan punca kematian disebabkan oleh kecederaan pada bahagian kepala akibat hentakan objek tumpul. Keputusan ini konsisten dengan perbuatan si abang dalam pengakuan awalnya.

"Lelaki terbabit akan direman mulai esok dan siasatan masih diteruskan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan membunuh," katanya.
Powered by Blogger.