F AADC2 pungut RM4 juta | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

AADC2 pungut RM4 juta

Filem sekuel, Ada Apa Dengan Cinta (AADC) 2, terus mendapat sambutan hangat peminat apabila kutipannya mencecah RM4 juta di Malaysia dan Brunei. Ditayangkan di 100 pawagam di kedua-dua negara, filem edaran Primeworks Distribution itu menampilkan bintang utama, Dian Sastrowardoyo dan Nicholas Saputra. Menerusi senarai pecah panggung hujung minggu lalu, filem terbabit berada di tempat ketiga di belakang Captain America: Civil War dan sebuah filem Tamil, 24. Di Malaysia, naskhah arahan Riri Riza itu mula ditayangkan sejak 28 April lalu. Ia adalah judul susulan kepada AADC, karya yang pernah mencipta fenomena 14 tahun lalu. Selain mereka berdua, filem terbaharu ini juga masih mengekalkan pelakon asal lain seperti Sissy Priscillia, Adinia Wirasti dan Titi Kamal. Filem yang diterbitkan Mira Lesmana menerusi Miles Productions itu turut menyaksikan babak cium antara Cinta dan Rangga dipotong bagi tayangannya di Malaysia.


Powered by Blogger.