F 8 ARTIS JAYAKAN SIRI JELAJAH BAS DRAMA SANGAT | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

8 ARTIS JAYAKAN SIRI JELAJAH BAS DRAMA SANGAT

Jika pada tahun lepas Siri Jelajah Bas Drama Sangat membawakan artis terkenal seperti Janna Nick, Raja Ilya, Sherry Ibrahim dan ramai lagi, pada tahun ini antara selebriti yang menjayakan siri jelajah antaranya seperti Idris Khan, Mia Ahmad, Zahirah Macwilson, Syafiq Kyle, Nazrief Nazri, Risteena Munim, Aiman Hakim Ridza dan Mimi Lana.

Berkongsi tentang jelajah itu, kesemua artis masing-masing meluahkan perasaan teruja mereka buat kali pertama.

"Lokasi pertama di Sungai Besar tak sangka ramai pengunjung yang hadir dan berharap lokasi seterusnya di Manjung akan lebih ramai. Pastinya saya memang teruja," ujar Nazrief Nazri.

"Sudah tentu saya suka dan teruja untuk bertemu dengan peminat dan lebih menarik apabila dapat menjayakan jelajah ini bersama lapan artis lain," kata Syafiq Kyle sambil tersenyum.

Lokasi seterusnya bertempat di Majlis Perbandaran Manjung pada sebelah pagi esok, manakala lokasi kedua bertempat di Menara Condong, Teluk Intan pada hari yang sama sebelah petang. Seterusnya siri jelajah ini akan berakhir di The Lost World Of Tambun.
Powered by Blogger.