F 6 Tahun Bergelut, Soo Wincci Menangis Akhirnya Bergelar Doktor Falsafah | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

6 Tahun Bergelut, Soo Wincci Menangis Akhirnya Bergelar Doktor Falsafah

Penyanyi Soo Wincci, 30, tidak dapat menahan air mata dan menangis apabila mendapat tahu bahawa dia akhirnya lulus sekaligus berjaya menamatkan pengajian peringkat Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam jurusan perniagaan.

Berita gembira itu dikongsi bekas Ratu Cantik Malaysia 2008/2009 ini menerusi laman sosial Instagram miliknya, pada Selasa.

Wincci memuat naik satu video berserta kapsyen menyatakan usahanya berbaloi selepas enam tahun bergelut, bersusah payah, berdepan cabaran dan tekanan sepanjang dia meneruskan pengajiannya di Universiti Terbuka, Kuala Lumpur.

Penyanyi yang juga meraih populariti di Taiwan ini mengucapkan terima kasih kepada semua pihak termasuk pensyarah dan juga peminatnya yang selama ini banyak memberi sokongan serta dorongan untuknya berjaya.



"Saya minta maaf, saya tak dapat menahan air mata saya selepas pihak peperiksaan mengumumkan saya lulus PHD saya, 6 tahun dalam perjalanan ini, 6 tahun tidak cukup tidur dan 6 tahun berdepan dengan tekanan yang tidak berkesudahan demi gelaran Dr (Doktor) ini, terima kasih semua atas sokongan dan terima kasih kepada peminat yang sentiasa bersama saya sepanjang 6 tahun saya menyambung pengajian dan kerjaya saya, sekarang saya akhirnya boleh tidur lena," tulisnya

Soo Wincci popular dalam kalangan peminat Melayu menerusi lagu Musim Asmara. Dia juga pernah menyertai program realiti MasterChef All Star 2014.

Pada 2013, Wincci pernah berada di tangga ke-91 dalam Indipendent Critics bagi kategori 100 Wajah Paling Cantik. Wincci pada waktu itu berada sebaris dengan beberapa selebriti lain yang turut pertama kali dicalonkan seperti Anna Koncakovskaya (Rusia), Marcela Guirado (Mexico), Meghan Markle (Amerika Syarikat) dan Gabriella Wilde (United Kingdom).

Sekitar Oktober tahun lalu, namanya juga pernah dikaitkan dengan kontroversi gara-gara lantang memberi kritikan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak melalui rakaman video di YouTube.

Video yang meminta Najib meletak jawatan itu dimuat naik selepas tamat Perhimpunan Bersih 4.0 pada 29 dan 30 Ogos lalu.
Powered by Blogger.