Berita Terkini
recent

4 jalan utama di KL ditengelami banjir kilat

Sebanyak empat jalan utama terjejas akibat banjir kilat yang melanda ibu negara kira-kira 7.30 malam ini.

Ketua Pusat Pergerakan Operasi Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Samsol Maarif Saibani berkata jalan terbabit ialah Jalan Bangsar, Jalan Semantan, Jalan Pantai Baharu dan Jalan Pudu.

"Hujan lebat yang bermula lewat petang ini menyebabkan jalan itu ditenggelami air sedalam satu meter.

"Pihak bomba telah menempatkan sebanyak 28 anggota dan pegawai bagi menghadapi sebarang kemungkinan," katanya kepada Bernama.
Booking.com

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.