F 10 tahun menyepi | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

10 tahun menyepi


Bella Nazari, 28, mula mencipta nama menerusi program realiti Mentor musim pertama. Menjadi protege kepada penyanyi Noraniza Idris, bakatnya membuka mata pelbagai pihak, namun sebaik tamat program dia terus menyepi.

Hampir 10 tahun berlalu, si cantik ini kemudian muncul semula dalam industri, tetapi lebih menyerlah sebagai pelakon.

Selepas popular menerusi drama bersiri Hati Perempuan dengan watak Ku Lin, Bella menyerlah menerusi karakter Idayu dalam drama Duda Terlajak Laris.

Gembira dengan penerimaan peminat terhadap lakonannya, pemilik nama penuh Mas Nabiella Nazari ini berharap peminat tidak menyamakan watak Ku Lin dan Idayu.

“Sebagai pelakon saya mahu cuba pelbagai watak. Tidak dinafikan ada sedikit persamaan antara watak Ku Lin dan Idayu.

“Pun begitu saya mahu penonton lebih menghayati watak Idayu dalam Duda Terlajak Laris meskipun impak Ku Lin besar sebelum ini.

“Ke mana-mana saja saya pergi masih ada yang memanggil saya dengan nama Ku Lin,” kata anak jati Perlis ini.

Tidak hanya aktif dalam bidang lakonan, Bella juga tampil dengan single baru selepas sekian lama tidak menyanyi.

Single berjudul Infiniti sudah kedengaran di corong radio dan Bella mengakui gementar menunggu reaksi peminat.

“Apabila kembali aktif rezeki saya nampaknya lebih kepada lakonan. Pun begitu saya mahu karier lakonan dan nyanyian bergerak seiring.

“Saya sukakan kedua-duanya dan berharap peminat dapat menerima single Infiniti.

“Sudah lama saya tidak menyanyi dan dengan adanya single ini terubatlah rasa rindu. Lagu ini juga menjelaskan kepada peminat karier saya sebenarnya bermula sebagai penyanyi,” katanya.
Powered by Blogger.