F 10 juta tandatangan pun Agong tiada kuasa pecat Najib | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

10 juta tandatangan pun Agong tiada kuasa pecat Najib

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mengingatkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad meskipun 10 juta tandatangan rakyat Malaysia berjaya dikumpul, namun Yang di-Pertuan Agong tetap tidak mempunyai kuasa untuk memecat Datuk Seri Najib Razak sebagai Perdana Menteri.

Pengarah Propagandanya, Edy Noor Reduan berkata, Agong hanya mempunyai kuasa budi bicara untuk melantik perdana menteri yang pada pendapat baginda sudah mempunyai sokongan majoriti ahli Dewan Rakyat.

“Tidakkah Tun Mahathir sedar, walau 10 juta tandatangan dikumpul sekali pun, Agong tetap tidak mempunyai kuasa untuk melucutkan Najib kerana ia tiada dalam Perlembagaan.

“Tetapi hanya kerana terdesak untuk sekali lagi menaikkan boneka pilihan, Tun sanggup menggunakan deklarasi menekan Agong melakukan sesuatu yang di luar bidang kuasa, seterusnya melanggar Perlembagaan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Tun Mahathir berjaya mengumpulkan 1.24 juta tandatangan rakyat Malaysia yang menyokong Deklarasi Rakyat serta menuntut Najib turun dari tampuk pemerintahan.

SAMM turut mempertikaikan hala tuju Deklarasi Rakyat malah beliau menyifatkan Mahathir membawa harapan palsu kepada rakyat serta mencabul Perlembagaan demi dendamnya sendiri.

“Masih kita tidak lupa pada pertengahan Mac lalu dalam temu bual dengan wartawan Indonesia yang bertanya soal hukuman penjara ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim, beliau sebut dengan jelas kes Anwar telah ditentukan oleh Mahkamah dan kita tidak boleh berbuat apa-apa, kita tidak boleh mencabuli 'the rule of law'.

“Jika ini sifirnya, hanya demi melampiaskan dendam Mahathir maka pencabulan perlembagaan dibenarkan tetapi dalam soal keadilan seorang banduan politik, beliau kata kita perlu ikut 'rule of law'.

"Apakah Perlembagaan negara ditentukan Tun, 'rule of law' mengikut keperluan Tun?” katanya.

Tegasnya, SAMM, memilih perubahan sistem dan ia tidak akan berlaku dengan hanya menyingkirkan Najib melainkan, Umno-BN dibuang sekali.
Powered by Blogger.