F Zizan Jawab Dakwaan Zizan Mart 'Gulung Tikar' | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Zizan Jawab Dakwaan Zizan Mart 'Gulung Tikar'

Pengacara dan pelakon terkenal Zizan Razak menyangkal dakwaan mengatakan kedai serbaneka 24 jam miliknya, Zizan Mart yang terletak di Kota Bahru, Kelantan.

Jelas Zizan atau nama sebenarnya Mohd Razizan Abdul Razak, 32, operasi kedainya itu dihentikan buat sementara waktu ekoran isu dalaman.

"Zizan Mart tidak ditutup tetapi buat masa ini operasinya dihentikan untuk sementara waktu dan keputusan itu dibuat oleh pihak pengurusan.

"Saya difahamkan ada perbincangan di antara rakan-rakan kongsi lain berkaitan beberapa isu namun saya tidak boleh menjelaskan lebih lanjut mengenai isu tersebut.

"Saya juga tidak tahu bila ia akan beroperasi semula.

"Ketika saya dimaklumkan yang kedai itu ditutup sementara, saya sedang sibuk menjalani penggambaran filem Bikers Kental 2, di Phuket. Saya pun baru saja selesai dan pulang dari lokasi penggambaran," jawabnya ketika ditemui pada sidang media kedua Anugerah Bintang Popular (ABPBH29) bertempat di Public Space, NST, Bangsar, pada Isnin.

Zizan juga merupakan selaku Pengarah Urusan Zizan Group Sdn Bhd berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai khabar angin yang timbul baru-baru ini kononnya kedai serbaneka yang mula beroperasi sejak 20 Ogos tahun lalu itu sudah gulung tikar.

Sementara itu, Zizan Razak bersama Mira Filzah, AG dan Haiza akan mengendalikan Anugerah Bintang Popular (ABPBH) Ke-29 bertemakan #RESPEK yang bakal disiarkan secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 8 Mei depan.

Mengulas mengenai pemilihannya sebagai pengacara kali ini, Zizan berkata meskipun ini merupakan kali pertama dia akan bergandingan tiga lagi hos namun baru-baru ini mereka berempat sudah mula membina keserasian menerusi talian WhatApps.

"Apabila saya dapat tahu yang saya dipilih sebagai pengacara bersama tiga lagi artis lain, saya menghubungi AG dan memintanya mewujudkan WhatApps group supaya kami boleh bersembang dan daripada situlah kami membina keserasian antara satu sama lain.

"Alhamdulillah, pada majlis hari ini pertama kali kami berempat temu dan masing-masing seperti sudah saling kenal dan saya yakin kami dapat bekerjasama dengan baik nanti," katanya.
Powered by Blogger.