F ZIP rai ulang tahun pertama | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

ZIP rai ulang tahun pertama

Majalah digital gaya hidup, Zon Interaktif Pesona (ZIP) meraikan ulang tahun pertama pada Malam Apresiasi ZIP, di sini. Mengangkat tema Pesona Glam, acara yang berlangsung di Urban@Hotel Istana di sini, dihadiri ramai artis termasuk personaliti yang menjadi penghias muka depan majalah digital itu. Antara mereka adalah Nora Danish, Maya Karin, Tasha Shilla dan DeFam. Hadir sama Pengarang Kumpulan Harian Metro, Datuk Mustapha Omar dan Prof Datuk Jimmy Choo. Majlis itu dianjurkan sebagai tanda terima kasih dan penghargaan kepada semua pihak yang terbabit dalam penerbitan ZIP. Hingga hari ini, kadar muat turun ZIP mencecah 120,000 sejak 1 Mac tahun lalu. Majlis apresiasi itu ditaja Rafflesia The Pearl Centre bersama penaja lain seperti RCD Concepts, SCS Perfumes-Savour Collezione by Sharlanz; UiTM Holdings; Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN); Firefly; Fareeda; Ayu Deco Sdn Bhd; Borneo Soap; Sajen Jamu Health Drink by Sofea; Kolagen DKV dan Global Station Sdn Bhd. Tetamu dihiburkan Ajai & Friends merangkumi Siti Sarah, Shiha Zikir, Fahmie Mentor dan Hazama.


Powered by Blogger.