F Wanita dirogol 18 lelaki selepas diculik | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Wanita dirogol 18 lelaki selepas diculik

 Seorang wanita India didakwa dirogol oleh 18 lelaki di sebuah kawasan terpencil selepas diculik di rumahnya.

Wanita berusia 20 tahun yang identitinya tidak didedahkan memberitahu polis, sekumpulan lelaki memanjat pagar dan memecah masuk ke rumahnya di Kadarpur, dekat Gurgaon di utara India, Haryana.

Ahli keluarganya mangsa tidak berada di rumah ketika kejadian.

Menurut mangsa, suspek menggunakan bahan kimia yang disembur pada sapu tangan sebelum merogolnya di tempat yang terpencil.

Kesemua 18 lelaki yang dituduh dikenali mangsa.

Ketua polis Badshahpur, Krishan Kumar memberitahu India Today kesemua 18 tertuduh adalah penduduk kampung Kadarpur.

"Menurut mangsa semua ahli keluarganya berada di luar apabila tiga lelaki memasuki rumahnya dengan melompat dinding dan salah seorang suspek menekup mukanya dengan sapu tangan yang disembur bahan kimia.

"Wanita itu dibawa ke sebuah tempat terpencil di mana dia didakwa dirogol," katanya.

Kumar berkata, tiada tangkapan dibuat setakat ini.
Powered by Blogger.