F Wajah baru, lama hangatkan kemuncak ABPBH29 | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Wajah baru, lama hangatkan kemuncak ABPBH29

Penampilan Isyana yang menarik tumpuan dunia apabila video lagunya, Tetap Dalam Jiwa ditonton lebih 40 juta kali, dianggap hadiah bonus buat peminat yang selama ini menyokong ABPBH.

Manakala deretan artis seperti Erra Fazira, Siti Saleha, Shaheizy Sam, Syatilla Melvin, Erma Fatima, Datin Umie Aida

Azrel Ismail, Idris Khan, Hafidz Roshdi, Saharul Ridzwan, Mia Ahmad, Redzuan Hashim, Esma Daniel, Zarina Zainuddin

Anis Al Idrus, Nana Sheme dan Ainan Tasneem pula diundang sebagai penyampai trofi.

ABPBH 29 kali ini dimeriahkan lagi dengan kerjasama tajaan daripada adalah DEMAK, pengeluar motosikal tempatan dan penaja bersama Ice Watch serta rakan teknologi ASUS manakala penaja auto adalah Volkswagen. Lokasi rasmi acara kemuncak ABPBH 29 ditaja oleh (PICC). Stesen Televisyen Malaysia Berhad (TV3) sebagai penyiar televisyen rasmi, KoolFM sebagai stesen radio rasmi, TONTON sebagai platform digital rasmi dan ZIP sebagai majalah digital rasmi.

Turut hadir pada majlis ini petang tadi ialah Datuk Mahfar Ali, Pengarang Kumpulan BH juga selaku Penaung ABPBH 29, Datuk Badrul Hisham Othman, Timbalan Pengarang Kumpulan BH merangkap Penasihat 1, ABPBH 29 dan Shamshul Azree Samshir, Pengarang Hiburan BH, merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengelola ABPBH 29.

Tetamu tak ketinggalan dihiburkan dengan persembahan penyanyi muda tanah air Aisyah Aziz dan Ippo Hafiz. Bahang majlis pra kemuncak ini turut dihangatkan dengan tayangan klip video #RESPEK yang memaparkan mesej #RESPEK.
Powered by Blogger.