Berita Terkini
recent

Ummi Nazira Akui Jumpa Zizan, Berbincang Gosip Cinta

Pelakon Ummi Nazeera, 26, mengakui ada bertemu dengan aktor Zizan Razak bagi membincangkan gosip yang tersebar mengatakan mereka kini sedang bercinta.

Memetik laporan mStar online, Ummi berkata dalam pertemuaan itu Zizan banyak menasihatinya agar tidak memperdulikan perkara berkenaan kerana ia lumrah sebagai anak seni.

"Kami masing-masing sedar akan gosip itu dan saya ada berjumpa dengannya tetapi Zizan lebih tenang dan meminta saya tidak berasa bimbang kerana perkara itu tidak benar.

"Bagaimanapun sejak gosip itu tersebar kami lebih berhati-hati kerana tidak mahu menimbulkan fitnah lain," katanya.

Ummi bakal muncul menerusi filem televisyen yang akan ditayangkan di Astro First mula 30 April ini berjudul Angin cinta. Diarahkan oleh Ghaz Abu Bakar filem tersebut turut menampilkan Zizan Razak, Zarina Zainuddin dan Shahronizam.
Booking.com

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.