F Tinggalkan HLive!, Hefny mahu kembali berlakon | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Tinggalkan HLive!, Hefny mahu kembali berlakon

Meskipun kontraknya hanya akan tamat pada 10 Mei depan, pengacara yang dicungkil bakat menerusi program realiti, On Air, Hefny Sahad, 27, memilih untuk tinggalkan HLive! selepas setahun bersama. Kali terakhir muncul dalam program berita hiburan itu pada 15 April lalu, Hefny kini meneruskan minatnya dalam pengacaraan dengan mengendalikan Pop TV bersama Nana Mahazan yang disiarkan TV9 pada setiap Ahad, jam 9.30 malam. Meskipun terpaksa bergerak sendiri, naib juara program realiti yang dirintis pengacara terkemuka, Datuk Aznil Nawawi itu optimis dalam meneruskan survival kerjaya seninya. "Alhamdulillah, ada beberapa tawaran kerja yang sudah diterima termasuk mengendalikan program Pop TV yang bersiaran sejak 17 April lalu. Semuanya seperti diatur dengan baik. Saya menghadiri uji bakat program itu pada Mac lalu dan dimaklumkan diterima pada awal bulan ini. "Ketika itu, saya serba-salah kerana masih terikat di tempat kerja lama dan hanya bersedia memulakan tugas selepas kontrak tamat pada bulan depan. Syukur ia dipermudahkan. Selepas berbincang, proses penamatan kontrak saya dipercepatkan dan saya meninggalkan HLive! dengan baik," katanya. Hefny berkata, bergerak sendiri juga memberinya ruang untuk kembali meneruskan minat dalam bidang lakonan. Kali terakhir dirinya berlakon adalah menerusi drama, MAID yang turut dibintangi Ayda Jebat dan Zul Ariffin. "Diikutkan, ketika bersama HLive!, saya masih menerima tawaran berlakon tetapi terpaksa dilepaskan kerana saya bekerja tetap. Berkemungkinan besar, saya akan kembali berlakon selepas raya nanti. Insya-Allah beberapa hari sebelum Ramadan, saya akan ke Eropah untuk penggambaran program travelog bersama RTM. "Program itu akan menelusuri kehidupan masyarakat Islam di negara minoriti dan hanya akan pulang ke tanah air selepas sambutan hari raya. Selain itu, saya juga bakal muncul sebagai penyampai radio sambilan bersama Sinar FM pada setiap hujung minggu," katanya. Hefny berkata, HLive! menjadi platform terbaik yang membentuk dirinya untuk lebih mengenali selok-belok dunia penyiaran. "Banyak pengalaman yang ditimba, termasuk diberi peluang menerbitkan program selain mempelajari bagaimana melakukan suntingan dan menghasilkan skrip. Program terakhir yang saya terbitkan adalah LePakNil. Saya juga diberi kepercayaan untuk terbabit dengan program istimewa seperti Islamic Fashion Show (IFF). "Antara kenangan manis apabila berpeluang menemubual artis antarabangsa termasuk Tom Cruise ketika tayangan perdana francais filem, Mission Impossible - Rogue Nation pada Julai tahun lalu di Vienna, Austria," kata pemuda kelahiran Johor Bahru itu.


Powered by Blogger.