F Siti Nurhaliza ajak wanita cegah kanser serviks | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Siti Nurhaliza ajak wanita cegah kanser serviks

Datuk Siti Nurhaliza menerusi syarikat kosmetik dan kecantikannya, SimplySiti, akan menganjurkan kempen Hope pada Mei depan dalam usaha meningkatkan kesedaran mengenai peluang dan cara baharu bagi mencegah kanser serviks, sekali gus menggalakkan wanita menjauhi penyakit itu. Kempen terbabit turut mendapat sokongan Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia, farmasi Guardian dan KPJ Healthcare. Ia dianjurkan sebagai usaha meningkatkan kesedaran bagi pengesanan awal melalui ujian dipanggil Pap Smear yang kerap. Ujian itu menjadi antara alternatif untuk membantu menyediakan peluang bagi kehidupan lebih baik dan sihat. Terbentuk dalam tisu serviks, biasanya ia kanser yang lambat merebak dan mungkin tidak menunjukkan tanda awal, tetapi boleh dikesan dengan ujian Pap Smear yang kerap. "Selain payu dara, kanser serviks juga menjadi barah kedua paling biasa di Malaysia. Siti turut dimaklumkan, sehingga 80 peratus wanita yang aktif secara seksual boleh dijangkiti human papillomavirus (HPV) yang menyebabkan kanser serviks, sekurang-kurangnya sekali dalam seumur hidup. "Di seluruh dunia, kanser serviks adalah yang keempat paling memberikan kesan terhadap wanita. Lebih daripada 265,672 wanita meninggal dunia setiap tahun akibat penyakit ini, dengan 99 peratus daripadanya adalah disebabkan oleh HPV. Setiap dua minit, seorang wanita mati akibat kanser serviks di seluruh dunia. "Wanita tanpa mengira peringkat umur berisiko menghidapi kanser ini disebabkan oleh jangkitan baharu atau jangkitan semula oleh penyebab kanser, HPV," kata Siti kepada BH Online. Menurut Siti lagi, sepanjang Mei depan, dengan setiap pembelian produk SimplySiti bernilai RM100 di rangkaian Guardian, pelanggan akan menerima Pek Istimewa Kempen Hope. "Apa yang ada dalam pek ini termasuk tiket untuk menyertai bengkel berkaitan diadakan pada Jun depan di empat lokasi berbeza, set ujian Pap Smear bernilai RM40, pakej pemeriksaan kanser serviks dan promosi harga istimewa untuk Pakej Vaksin HPV. "Bengkel dimaksudkan pula antara lain termasuk sesi ceramah, perkongsian pengalaman oleh mereka yang pernah berdepan kanser serviks, soal jawab dan demonstrasi serta kelas solekan bersama SimplySiti," katanya.


Powered by Blogger.