F Shamsul Ghau Ghau Merajuk Hanya Kerana Sehelai Baju Melayu? | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Shamsul Ghau Ghau Merajuk Hanya Kerana Sehelai Baju Melayu?

Perselisihan faham di dalam sesebuah keluarga itu adalah lumrah kehidupan. Kita perlu tahu menanganinya supaya masalah itu tidak berterusan sehingga membuatkan diri kita dah ahli keluarga memendam perasaan kecewa.

Maklumlah hati dan perasaan orang yang disayangi itu perlu dijaga dan dipujuk dengan penuh kesabaran.

Memaparkan kisah kekeluargaan dan konflik cinta, slot Skrin Di 9 yang menemui penonton TV9 pada setiap hari Isnin, pukul 8.30 malam tidak pernah gagal menyajikan telefilem-telefilem yang menarik lakonan oleh barisan pelakon popular tanah air.

Terkini, saksikan gelagat Shamsul Ghau Ghau sebagai Pak Tam yang merajuk dengan anaknya setelah baju Melayu yang dijahit oleh arwah isterinya hilang dalam “Rajuk” pada 2 Mei 2016 nanti.

Telefilem menarik ini diterbitkan oleh Tanah Beris Film Production Sdn Bhd ini merupakan nukilan skrip oleh Mohd Shahremy Ikmal. Diarahkan oleh Shuhaimi Lua,

Rajuk turut menampilkan pelakon-pelakon popular tanah air seperti Aizad Jasmin, Mawar Rashid, Niezam Zaidi dan Rosnah Mat Aris.
Powered by Blogger.