F Selepas 14 Tahun, Masa Yang Tepat Buat Rangga & Cinta Reunion | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Selepas 14 Tahun, Masa Yang Tepat Buat Rangga & Cinta Reunion

Pengarah terkenal Indonesia, Riri Riza, menjelaskan filem romantik Ada Apa Dengan Cinta 2 (AADC2) dihasilkan selepas 14 tahun kerana pada asalnya pihak produksi tidak pernah merancang untuk menghasilkan sekuel karya pertama Ada Apa Dengan Cinta yang sebelum ini diarahkan oleh Rudy Soedjarwo dan ditayangkan pada 2002.

Menurutkan Riri, bagaimanapun dek kerana sambutan dan permintaan luarbiasa daripada penonton sejak 10 tahun lalu. Bahkan ramai kalangan anak-anak seusia 7 dan 8 tahun, mereka menonton filem ini. juga lantas mencetuskan idea untuk menyambung kembali filem tersebut.

"Tempoh selama 14 tahun kerana pada awalnya produksi tiada niat mahu membuat lanjutan kerana kami anggap kesudahan kisah di filem pertama tidak semestinya harus dibuat dilayar kerana diluar layar juga kesudahannya boleh dijangka.

"Tetapi dalam tempoh itu juga, impak AADC sangat memberi kesan yang kuat kepada kami termasuklah barisan pelakon-pelakon. Bahkan kenangan pada filem AADC tidak pernah luput dalam ingatan kami. Saya sering berkerja bersama bintang AADC di filem-filem lain dan setiap kali bertemu kami sering berbual, berkongsi kenangan-kenangan AADC.

"Ketika ulangtahun ke-10 AADC kami berkesempatan adakan reunion malah filem itu ditayangkan sekali lagi pada penonton namun secara terhad. Pada ketika itu sambutannya dan maklum balas penonton cukup hangat lantas kami merasakan filem ini harus ada sekuelnya.

"Sehinggalah 2015, baru benar-benar kami membuat keputusan untuk mengahsilkan sekuel," katanya pada sidang media dan malam gala AADC2 bertempat di e@Curve, Damansara, pada Selasa.

Acara malam gala tersebut turut dihadiri Nicholas Saputra dan heroinnya Dian Sastrowardoyo serta pelakon lain seperti, Titi Kamal, Adinia Wirasti, Sissy Prescillia, Titi Kamal juga penampilan istimewa daripada Melly Goeslow dan Anto Hoed.

Tambah Riri lagi, tempoh yang lama itu juga secara tidak langsung memantangkan lagi karakter penting dalam filem tersebut dua iaitu Rangga dan Cinta.

"Inilah juga masa yang tepat buat Rangga dan Cinta membuat keputusan dalam hidup mereka kerana kebiasaannya di usia 28 atau 29 tahun, sesorang itu akan lebih tahu apa yang diinginkan dalam hidup dan keputusan yang bagaimana yang harus dibuat dalam hidup," tuturnya.

Sementara itu, penulis skrip juga penerbit Mira Lesmana berkata, dia tidak menghadapi banyak kesukaran sepanjang menhasilkan skrip dan lanjutan jalan cerita filem itu memandangkan dia juga merupakan penulis skrip untuk filem pertama.

"Saya tidak menghadapi banyak kesulitan sepanjang menghasilkan skrip lanjutan kisah filem ini memandangkan untuk filem pertama saya juga yang menulisnya. Malah dengan kematangan watak-wataknya, jadi memberi ruang yang besar pada saya buat cerita ini. Apabila menonton filem ini, sebenarnya ada ketika saya sendiri terlupa dialog-dialog yang saya tulis.

"Saya juga sangat berpuas hati dengan garapan yang dibuat oleh Riri Reza kerana garapan-garapan tersebut dihasilkan sangat natural. Walaupun AADC2 sebuah karya dewasa tentang cinta, persahabatan namun ianya sesuai untuk tontonan semua golongan usia.

"Saya kira selepas tempoh yang lama, ini reunion kami yang sangat indah sekali," tuturnya.

bakal ditayangkan serentak di tiga buah negara iaiatu Indondesia, Malaysia dan Brunei mulai 28 April ini, AADC2 menceritakan kisah Cinta dan Rangga yang bertemu semula setelah 14 tahun terpisah.

Adakah pertemuan ini akan menyemarakkan cinta yang pernah mereka rasai terhadap satu sama lain? Wujudkah peluang kedua buat mereka yang tidak lagi menjalani kehidupan seperti sebelum ini?
Powered by Blogger.