F Selalu Ditinggalkan Sam, Syatilla Sibukkan Diri Elak Sunyi | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Selalu Ditinggalkan Sam, Syatilla Sibukkan Diri Elak Sunyi

Berkerja dalam bidang yang sama membuatkan Syatilla Melvin, 25, sangat memahami akan kesibukan suaminya, Shaheizy Sam, yang tidak henti dengan jadual penggambaran yang padat.

Meskipun sering ditinggalkan, namun dia tidak merungut jauh sekali merajuk. Sebaliknya kata Syatilla, dia sentiasa berpegang pada kata-kata suaminya yang berjanji akan meluangkan masa bersama selepas kerja-kerja penggambarannya selesai.

"Sejak kahwin, kami sebenarnya kami belum dapat lagi meluangkan masa bersama-sama. Sam, dia memang sibuk dengan penggambaran. Tapi saya tidak merungut lagipun saya faham. Sam selalu pujuk saya supaya bersabar dan dia berjanji akan lebihkan masa untuk saya apabila sudah habis penggambaran nanti.

"Saya pula, jika tidak terlibat dengan apa-apa penggambaran, masa saya banyak saya habiskan di rumah. Tapi kadang-kadang saya terima tawaran berlakon, sebab sekurang-kurangnya saya tidaklah rasa sunyi sangat apabila Sam keluar bekerja.

"Tetapi Sam sebenarnya ada meminta saya agar memperlahankan kerjaya lakonan saya supaya kami dapat meluangkan masa bersama nanti. Jadi selepas ini saya mungkin jarang terima tawaran," katanya ketika ditemui pada pada sidang media kedua Anugerah Bintang Popular (ABPBH29) bertempat di Public Space, NST, Bangsar, pada Isnin.

Dia kini sibuk dengan penggambaran drama bersiri 16 episod berjudul Imanku Romantik sehingga pertengahan Mei nanti. Dalam drama yang bakal ditayangkan pada bulan Ramadan itu, dia bergandingan dengan pelakon Hisham Hamid.

Berkongsi lagi mengenai kehidupannya kini, Syatilla berkata, dia kini dalam proses membiasakan diri memengang status isteri kerana walaupun sudah dua bulan mendirikan rumah namun dia masih tidak percaya yang dirinya sudah bergelar isteri orang.

"Saya dengan Sam, kami sudah lama berkawan dan mungkin kerana itu kami sudah terbiasa dengan situasi sebagai kawan. Jadi kadang-kadang kami sesama sendiri mengingatkan yang kami sudah berkahwin.

"Saya sendiri sebenarnya macam tidak percaya sudah bergelar isteri," tuturnya sambil tersenyum.

Syatilla dan Sam bernikah pada 8 Februari lalu dalam sebuah majlis penuh meriah yang diadakan di Pulau Pinang.
Powered by Blogger.