F Samantha Schubert meninggal dunia | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Samantha Schubert meninggal dunia

Pelakon, penerbit dan model terkenal era 1990-an, Samantha Schubert meninggal dunia akibat kanser pankreas, kira-kira jam 7.16 malam tadi. Berita pemergian Schubert yang juga bekas Miss Malaysia/World 1999 dikongsi teman baiknya, Datin Seri Tiara Jacquelina melalui laman Facebook dan Instagram miliknya. Ketika aktif dalam dunia seni, Schubert pernah membintangi filem The Red Kebaya dan teater Natrah. Melalui coretannya, Tiara berkongsi berita sedih pemergian Schubert dengan kata-kata berikut: "Baru mendengar berita tragik kematian teman baik, Samantha Schubert, beberapa minit lalu. Semoga kamu tenang di sana. Semoga kekuatan yang kamu miliki akan terus mengalir dalam anak yang dibesarkan. Sayang kamu Sam (panggilan kepada Schubert)." Ketika dihubungi BH Online, Tiara memberitahu, dia mengenali Schubert ketika sama-sama membuat persembahan untuk Kit Kat Klub yang ditubuhkannya. "Kami juga pernah berjiran ketika menetap di sebuah apartmen di Jalan Ipoh. Ketika sakit, dia sangat kuat dan positif," katanya. Sementara itu, seorang lagi teman rapat iaitu pelakon, Susan Lankester menganggap Schubert sebagai adik kandung sendiri. "Kami berkawan rapat sejak kecil lagi. Saya berharap dia berada di tempat yang lebih baik sekarang. "Saya percaya dia ditempatkan bersama dua abangnya yang sudah meninggal dunia. Selepas lama menanggung sakit kanser, akhirnya penderitaan dia berakhir," katanya. Susan berkata, dia berada di samping Schubert, semalam dan kehilangan teman baiknya itu meninggalkan kesan yang sangat mendalam.


Powered by Blogger.