F Rumah Dirompak, Ayu Raudhah Kerugian RM200,000 | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Rumah Dirompak, Ayu Raudhah Kerugian RM200,000

Kediaman pasangan suami isteri, Ayu Raudhah dan Mohd Zaquan Adha yang terletak di Pasir Gudang, Johor, dirompak oleh sekumpulan penyamun Jumaat lalu.

Dalam kejadian jam 1 tengah hari itu, kediaman pasangan ini telah dipecah masuk oleh tiga lelaki menyebabkan mereka mengalami kerugian sebanyak RM200,000.

Menurut Zaquan, kejadian ini merupakan kali ketiga telah menimpa keluarga mereka dan merupakan kejadian paling buruk yang pernah dialami mereka

“Jiran hadapan rumah menghubungi saya untuk memaklumkan kejadian pecah rumah yang disaksikan anaknya melibatkan tiga individu menaiki Toyota Wish berwarna gelap. Kumpulan berkenaan meletakkan kereta berdekatan rumah sambil menekan hon panjang sebelum disusuli dua lelaki mencampakkan barang dari rumah kami”

“Saya terkejut apabila melihat keadaan rumah saya yang berselerak dan perompak dikesan masuk melalui bahagian dapur. Mereka membawa lari pelbagai barangan berharga termasuk 15 beg tangan berjenama milik isteri saya serta jam tangan pelbagai jenis milik saya dan juga isteri,” katanya seperti yang dilaporkan Harian Metro.
Powered by Blogger.