F Rita Rudaini Masih Dirawat Akibat Demam Denggi | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Rita Rudaini Masih Dirawat Akibat Demam Denggi

Aktres terkenal, Rita Rudaini yang menghidap demam denggi sejak 15 April lalu masih dirawat di sebuah hospital swasta di ibu negara.

Rita disahkan menghidap penyakit itu selepas berasa demam dan badan menggigil sebelum mengunjungi hospital tersebut untuk mendapatkan rawatan.

“Doktor yang membuat pemeriksaan darah mengesahkan saya menghidap demam denggi. Saya berharap cepat sembuh dan boleh bekerja seperti biasa,” katanya seperti yang dilaporkan Kosmo!

Sementara itu, rakan baiknya yang juga pelakon, Izreen Azminda turut datang melawatnya di hospital bagi memberi sokongan moral kepada Rita.

“Saya berharap kehadiran saya di hospital dapat menceriakan Rita. Sebagai rakan tiada apa yang saya harapkan selain dia cepat sembuh seperti sedia kala,” kata Izreen.
Powered by Blogger.