F Rafizi mohon maaf kepada rakyat | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Rafizi mohon maaf kepada rakyat

Naib Presiden PKR, Mohd Rafizi Ramli memohon maaf kepada rakyat berikutan daripada isu pertembungan kerusi yang berlaku di antara parti berkenaan dengan sekutunya, DAP dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak kali ini.

Menurut Rafizi, beliau merasakan pertembungan sesama sahabat di dalam PRN kali ini akan terus berlaku memandangkan sukar untuk merungkai kemarahan dan emosi masing-masing setelah terlanjur sedemikian.

“Saya memohon maaf sekali lagi kerana saya tahu sukarnya ingin membina keyakinan rakyat. Apatah lagi dalam keadaan rakyat sangat benci kan ahli politik kerana pelbagai pembohongan, penyelewengan, penting diri sendiri dan lupa daratan yang selalu dikaitkan dengan ahli politik.

“Saya yakin ada hikmah di sebalik peristiwa-peristiwa ini dan berdoa kita semua belajar darinya,”tulisnya di laman sosial Facebook hari ini.

Pada hari penamaan calon sebelum ini, PKR bakal bertembung dengan sekutunya, DAP di enam kerusi iaitu Batu Kitang, Mulu, Murum, Mambong, Simanggong dan Ngemah.

Dalam pada itu, Rafizi memaklumkan bahawa sebelum ini beliau juga telah memberikan penjelasan lengkap kepada Ketua-ketua Cabang Kadilan berhubung isu tersebut melalui aplikasi Whatsapp

“Banyak yang telah dipelajari dan menjadi teladan agar perkara yang sama tidak berulang di masa akan datang,”katanya.

Tambah beliau, banyak perubahan yang perlu dibuat selepas ini supaya persaudaraan di dalam Pakatan Harapan dapat meyakinkan rakyat kembali.

Dalam pada itu, Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sebelum ini juga turut meluahkan rasa kesal berikutan daripada pertembungan kerusi tersebut.
Powered by Blogger.