F Radin nafi bercinta dengan Ayda Jebat | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Radin nafi bercinta dengan Ayda Jebat

Penyampai radio Era FM, Radin menafikan gosip sedang mengenali hati budi bintang popular, Ayda Jebat sebaliknya menjelaskan mereka sekadar teman rapat. Radin atau nama penuhnya, Radin Amir Affendy berkata, istilah bercinta tidak timbul kerana Ayda ketika ditemuramah dalam program Melodi terbitan TV3, tengah hari tadi, tidak memetik sebarang nama. "Apa yang dapat saya katakan adalah kami sekadar teman rapat. Sama seperti rakan artis lain yang datang ke konti untuk menjayakan slot Super 40 Era yang dikendalikan saya. Daripada situlah mulanya persahabatan kami. "Berat untuk saya mengulas lebih lanjut. Ini kerana Ayda tidak menyebut sebarang nama ketika ditemubual. Penyampai radio yang dimaksudkan mungkin sesiapa saja. Jika ingin bertanya soal hati lebih baik diajukan kepada empunya diri sendiri," katanya kepada BH Online. Dalam program Melodi, Ayda mengulas gossip bertebaran kononnya dia sedang mengenali hati budi seorang penyampai radio. Bagaimanapun, Ayda menafikan menjalin hubungan intim dengan mana-mana lelaki. Radin menambah, dia bagaimanapun selesa berkawan dengan Ayda. "Saya selesa berkawan dengan Ayda atau lebih mesra dengan panggil Si Kenit. Ini kerana dia seorang yang girang dan ceria.

"Biarpun menggunakan kata ganti diri, Adik, namun dia sebenarnya matang dan bijak mengawal situasi," katanya. Dalam perkembangan laib, Radin meluahkan rasa syukur dicalonkan dalam kategori Penyampai Radio Pilihan Online untuk Anugerah Pilihan Online 2016 (APO2016) pada Sabtu ini. "Alhamdulillah, bangga rasanya tercalon bersama barisan penyampai radio yang sudah berada pada tahap membanggakan seperti DJ Lin dan Johan. Itu sudah cukup dan saya sendiri tidak meletakkan harapan yang tinggi untuk menang. "Saya baru setahun jagung dan masih banyak untuk belajar sebagai penyampai radio. Saya anggap penghormatan yang diberikan sebagai rezeki untuk terus memberikan yang terbaik dalam bidang ini," katanya. APO2016 menyaksikan sembilan kategori hiburan iaitu Aktor Terbaik Pilihan Online, Aktres Terbaik Pilihan Online, Penyanyi Lelaki Terhebat Pilihan Online, Penyanyi Wanita Terhebat Pilihan Online, Lelaki Tampan Pilihan D'nars, Wanita Anggun Pilihan D'nars, Selebriti Komedi Pilihan Online, Grup Pilihan Online dan Penyampai Radio Pilihan Online. Undian masih dibuka sehingga 30 April ini.


Powered by Blogger.