F Punca Sebenar Kematian Lagenda Pop Prince Masih Misteri | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Punca Sebenar Kematian Lagenda Pop Prince Masih Misteri

Ikon pop, Prince, seorang daripada individu paling berpengaruh dalam bidang muzik, meninggal dunia di rumahnya di Minnesota, lapor laman web hiburan TMZ semalam, memetik sumber tidak dinamakan.

Pihak berkuasa berkata, satu siasatan mengenai kematian artis itu sedang dilakukan di kompleks Paisley Park milik Prince, namun tidak memberi identiti sebenar individu.

Prince atau nama sebenarnya Rogers Nelson, menjadi sensasi antarabangsa pada tahun 1980-an, apabila beliau mempopularkan muzik tarian Minneapolis.

Prince, 57, dimasukkan ke hospital enam hari lalu dengan gejala selesema.

Beliau menaiki pesawat apabila tiba-tiba jatuh sakit, memaksanya membuat pendaratan cemas di Illinois, pagi Jumaat lalu. Albumnya "Purple Rain" dikeluarkan pada tahun 1984, sering digambarkan antara yang terbaik sepanjang zaman.
Powered by Blogger.