F Netizen Bengang Dengan Song Joong Ki? | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Netizen Bengang Dengan Song Joong Ki?

Setelah meraih populariti mendadak menerusi lakonan dalam drama fenomena Descendent of The Sun, ramai menjangkakan malah sebenarnya meletakkan harapan yang tinggi mahukan Song Joong Ki kembali menyertai program realiti popular terbitan SBS, Running Man.

Sayangnya aktor pujaan ramai ini telah membuat keputusan yang mengecewakan peminat. Sekaligus dia dilemparkan dengan kritikan pedas oleh sesetengah pihak.

Ini kerana, Joong Ki terlebih dahulu memilih untuk muncul dalam Running Brothers malah diberitakan dia telah pun menjalani rakaman program realiti Running Man versi China itu pada 20 April lalu.

Bagaimanapun wakil pengurusan Joong Ki menjelaskan sebab mengapa pelakon berusia 31 tahun itu llebih dulu memilih, "'Running Brothers' kerana tawaran daripada pihak produksi program tersebut sudah lama malah proses perbincangan sudah diadakan sejak dari Joong Ki masih bersama Running Man lagi.

Begitupun, penjelasan Blossom Entertaiment mendapat pelbagai reaksi berbeza. Ada pihak yang mendakwa pelakon itu sengaja mahu mengambil kesempatan atas popularitinya yang kini terhadapa pasaran di China.

Selain, bayaran untuknya muncul sekali saja dalam program berkenaan sangat tinggi.

Antara komen-komen netizen seperti, "Jelas sekali semuanya sebab duit", "Dia cuba mengambil peluang mengecap populariti di China", "Sekali kemunculannya di China bayarannya mungkin sama seperti muncul pada sepuluh rancangan di Korea".
Powered by Blogger.